Mesyuarat MT UMNO – Zahid Tidak Guna Kuasa Veto

- Advertisement -

Seorang sumber dalaman Umno menyangkal dakwaan bahawa majoriti anggota MT setuju dengan kerjasama dalam PN.

Sebaliknya, dia mendakwa hanya segelintir yang setuju untuk menuruskan kerjasama tersebut.

“Majoriti anggota MT sokong keputusan, tetapi mereka setuju untuk tak buat sebarang kenyataan atau komen. Sebab itu tiada kenyataan atau tweet langsung.

“Semua setuju untuk beri kenyataan (berkenaan keputusan) kepada perdana menteri secara tertutup.

“Orang yang bercakap (dengan Malaysiakini) ini pastinya anggota yang tak setuju dengan keputusan parti.

Kami panggil mereka ini kluster menteri. Mereka ini seorang dua sahaja, cuba pertahan (mengapa Umno perlu kekal dengan PN) tapi tak dapat, sebab majoriti tak setuju dengan mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

Difahamkan sumber ini merujuk kepada sekumpulan pemimpin Umno yang dilantik sebagai menteri dalam kerajaan PN.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan nama mereka yang mempertahankan PN dalam mesyuarat tersebut.

“Zahid tak guna veto. Jika dia nak guna veto, dia tak perlu bawa perkara ini ke mesyuarat MT pun,” katanya lagi, sambil membangkitkan keputusan majoriti bahagian Umno sebelum ini yang menolak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU akan datang.-Mkini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat