- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diawalkan ke Rabu ini, berbanding tarikh asal yang dijadualkan pada Jumaat.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin akan menjadi individu pertama disuntik dengan vaksin di Klinik Kesihatan Putrajaya.
Katanya, ia diikuti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dengan program suntikan dijadual bermula selepas selesai mesyuarat Kabinet.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.
-BERITA HARIAN