Vaksin: kelulusan pendaftaran bersyarat oleh PBKD dan NPRA

- Advertisement -

CYBERJAYA: ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berasa syukur kerana Vaksin Covid-19 pertama selamat tiba dengan selamat di Malaysia pada pagi tadi.

“Alhamdulillah, sebentar tadi saya dijemput untuk bersama-sama di KLIA dengan YB Menteri Kesihatan Malaysia Dato’ Sri Dr Adham Baba, YB Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Khairy Jamaluddin dan YB Menteri Pengangkutan Dato’ Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong untuk menyambut ketibaan vaksin COVID-19 yang pertama di Malaysia.

“Vaksin keluaran Pfizer-BioNtech ini adalah vaksin COVID-19 yang pertama diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari 2021 yang lalu, dengan nama Comirnaty®️ Concentrate for Dispersion for Injection”. Katanya melalui catatan Facebooknya sebentar tadi.

Ujarnya lagi, di antara kriteria yang diteliti oleh PBKD dan NPRA adalah profil keselamatan vaksin, kualiti vaksin, dan vaksin yang mempunyai nilai efikasi yang baik untuk digunakan untuk kesemua rakyat Malaysia.

Menurut beliau lagi, pendaftaran bersyarat ini diberikan bertujuan memberikan akses segera kepada vaksin COVID-19 semasa tempoh pandemik ini menggunakan ‘risk-based approach’, tanpa mengabaikan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Vaksin ini juga mestilah melalui proses penilaian yang sewajarnya dan akan sentiasa dipantau dengan rapat setelah ia digunakan.

“Kriteria-kriteria yang lain bagi membolehkan kelulusan bersyarat ini antaranya adalah vaksin telah berdaftar / diberi ‘emergency use authorization’ oleh badan regulatori negara pengeluar ATAU badan regulatori rujukan oleh PBKD ATAU Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan sentiasa mengutamakan kesihatan rakyat Malaysia dengan memantau dan meneliti semua ubat-ubatan termasuk vaksin yang diperolehi, tegasnya. – SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat