Vaksin Pfizer-BioNTech Tiba 10 Pagi Tadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia menerima bekalan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech pagi ini, selepas pesawat Airbus 330-300 yang membawanya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.

Majlis simbolik penyerahan dan penerimaan bekalan vaksin itu disempurnakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

ADVERTISING

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin serta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

Sebaik tiba, vaksin Pfizer-BioNTech diturunkan dari pesawat untuk dibawa ke pusat penyimpanan sementara.

Ia kemudian akan diedar ke fasiliti kesihatan milik Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

Vaksin kumpulan pertama ini akan mula digunakan kepada rakyat bermula Jumaat depan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi penerima pertama suntikan vaksin.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat