Perkukuh MN, pertahan PN – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hala tuju PAS hari ini jelas yakni perkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan pada masa sama pertahankan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemuda PAS, Senator Ir Khairil Nizam Khiruddin menegaskan, selain daripada visi dan misi yang disebutkan maka ia bukanlah daripada PAS.

“Adalah penting bagi semua ahli PAS untuk memahami, menghayati dan menggerakkan ‘agenda setting’ yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti dan bukannya membawa ‘agenda setting’ daripada pimpinan-pimpinan parti lain apatah lagi daripada parti lawan.

“Tugas kita adalah menyatukan ummah, mendamaikan. Kita adalah agen perpaduan ummah,” jelas beliau.

Khairil Nizam yang juga Ketua Pemuda PN semalam memberitahu SuaraTV bahawa kenyataan Dr. Mohamad Khir Toyo kononnya PAS dan UMNO bakal ‘bercerai’ sekali gus menguburkan MN adalah tidak berasas sama sekali.

“Orang yang tak tahu apa-apa tapi bercakap macam tahu segalanya,” katanya membidas dakwaan bekas Menteri Besar Selangor itu. – SuaraTV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat