Seorang 45 minit prosedur ambil vaksin Covid-19 – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memperincikan tempoh masa seseorang mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, apabila seorang penerima vaksin sampai di pusat pemberian vaksin (PPV) untuk vaksinator memberikan vaksin daripada pintu masuk sampai kita benarkan mereka untuk berehat selama 30 minit sebelum mereka beredar dari PPV tersebut.

Menurut beliau, ini memerlukan satu waktu yang jadualnya disusun dengan rapi.

“Pada pengalaman yang pernah kita lalui, saya sendiri sebagai doktor perubatan memberi vaksin ini nampak macam mudah ya.

“Prosesnya kita perlu mengeluarkan vaksin daripada vial, perlu pastikan ia dalam accurate dose, kita kena tempatkan untuk tempat mengambil vaksin tersebut di lengan, swabkan dahulu bagi nyahkan kuman kalau pun ada, kemudian barulah suntik.

“Daripada eksesais yang kita pernah laksanakan, ia memerlukan dalam masa 5 minit hingga 10 minit daripada pintu masuk sampai ke tempat vaksin.

“Kemudian mereka akan dipantau selama 15 hingga 30 minit sebelum dibenarkan beredar dari PPV,” ujar Dr Adham lagi.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 605 PPV di seluruh negara bagi tujuan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula hujung Februari ini.

PPV sementara seperti di stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai, universiti serta fasiliti yanh bersesuaian juga akan dibuka mengikut keperluan.

Selain itu, vaksin akan disimpan di 54 lokasi lain untuk menjamin kualitinya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat