‘Kami tak membazir’ – Amyra Rosli

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Amyra Rosli, 30, menjelaskan tindakan dia bersama suami, Amar Baharin serta anak, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa bergambar dengan kek yang ‘dihancurkan’ sempena hari jadi pertama Ayra bukanlah satu pembaziran seperti disangka netizen.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli berkata, bahagian yang dihancurkan pada kek itu hanyalah krim di permukaan dan bukannya keseluruhan kek berkenaan.

“Kami tak membazir. Kami makan kek itu sampai habis selepas selesai mengambil gambar. Yang orang nampak itu hanya krim di permukaan saja dihancurkan, tapi bahagian dalam kek sebenarnya tetap kami makan dan ia memang sedap.

“Takkanlah kami tergamak membeli kek hanya untuk bergambar tetapi tak memakannya. Saya dan pembuat kek itu pun sudah berbincang supaya ia dibuat begitu dan tetap boleh dimakan,” katanya.

Pelakon yang popular dengan drama Nur itu berkata, niatnya untuk mengambil konsep foto sedemikian hanya sebagai kenangan manis mereka sekeluarga terutama buat anak keduanya itu.

“Saya memang suka ambil gambar yang cantik-cantik untuk disimpan sebagai kenangan. Sewaktu hari jadi anak pertama, Aqeef Anaqi dulu pun, saya adalah buat sambutan sebegitu.

“Jadi, untuk Ayra pun saya terfikir mahu gambar yang menarik untuk dikenang. Apapun, saya ingin jelaskan bahawa tiada pembaziran pun berlaku dalam sambutan itu,” katanya.

Terdahulu, segelintir netizen menyelar tindakan Amyra yang dianggap tidak sensitif.

Bagi mereka, ia satu pembaziran apabila kek itu diperlakukan sedemikian lebih-lebih dengan kesukaran rakyat ketika penularan Covid-19 ketika ini.

Sementara itu, pembuat kek terbabit iaitu Mad About Cake turut tampil membuat penjelasan di mana bahagian yang dihancurkan itu adalah krim buatan dan hanya untuk pameran.

“Kami yang cadangkan untuk kek pameran. Kek pameran diperbuat dari suku bahagian kek dan selebihnya ‘dummy’ dan krim.

“Sepanjang kami mengenali Amyra, dia sangat menghormati orang dan menyokong kami sejak dulu. Dalam keadaan sukar ketika ini, dia turut membantu kami dengan menempah kek serta mempromosinya secara percuma. Kami mohon maaf sekiranya ada di antara anda yang terkesan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat