Bayar RM97 juta untuk berlian di dahi

Los Angeles: Penyanyi rap, Lil Uzi Vert, 27, membelanjakan RM97 juta semata-mata untuk mencacah berlian merah jambu asli pada bahagian dahinya.

Lil Uzi Vert atau nama sebenarnya, Symere Bysil Woods berkata, bulan lalu dia membeli dan membayar berlian itu secara ansuran dari jenama barang kemas, Eliantte & Co.

“Saya sudah membayar berlian merah jambu asli itu sejak beberapa tahun ini. Kos berlian ini sangat tinggi dan saya mula membayarnya sejak 2017. Itulah pertama kali saya melihat sendiri berlian merah jambu yang sebenar,” katanya.

Menurut Lil Uzi Vert, berlian dibelinya itu memiliki 10 ke 11 karat dan harganya jauh lebih mahal berbanding kereta dan rumahnya.

Dalam perkongsiannya hari ini, dia sangat puas dengan keputusan itu walaupun mengakui proses itu menyakitkan.

“Menjadi cantik itu menyakitkan,” katanya.

Agensi

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Langgar SOP: Azwan Ali Minta Kerajaan Bertegas, Gesa Penjarakan Neelofa

KUALA LUMPUR - Pengacara dan selebriti kontroversi, Azwan Ali meminta kerajaan bertindak tegas memenjarakan Neelofa atas kesalahan berulang kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)...

Neelofa, keluarga buat hal lagi…

Kuala Lumpur: Selebriti sensasi, Neelofa, 32, terus menjadi perhatian warganet di media sosial apabila tersebar pula video pendek meraikan kemeriahan Aidilfitri baru-baru ini bersama...

Berhimpun Dan Beraya Sakan, Neelofa Sekeluarga Didakwa Langgar SOP Sekali Lagi

Sebagai seorang selebriti, pastinya diri anda dianggap ikon dan tingkah laku anda akan diperhatikan oleh ramai orang. Neelofa, seorang selebriti yang boleh dianggap cukup berpengaruh...