Realiti hidup ‘frontliner’

- Advertisement -

Penerbit Country Universal Sdn Bhd, Jalena Rejab teruja apabila bakal tampil dengan sebuah drama yang menyelami kehidupan anggota barisan hadapan.

Drama bersiri berjudul Hadiah Dari Tuhan itu kini dalam proses penggambaran dan bakal ditayangkan di slot Lestary TV3 bermula 24 Disember ini.

Menurut Jalena, Hadiah Dari Tuhan bakal membuka minda masyarakat terhadap realiti sebenar kehidupan ketika pandemik Covid-19.

“Melalui drama ini, saya cuba menelusuri realiti kehidupan termasuk petugas barisan hadapan pada era pandemik Covid-19. Drama ini memberikan satu cabaran yang besar buat pasukan saya kerana bukan mudah untuk melaksanakannya. Banyak proses dan kajian yang perlu dilakukan.

“Saya bersama seluruh kru produksi tidak sabar untuk melihat hasil dan mesej positif yang terkandung dalam drama ini,” katanya.

Jalena berkata, drama arahan Fairuz Loy itu juga bakal menjentik emosi penonton dan melihat kepayahan yang dilalui petugas barisan hadapan.

“Covid-19 mengubah kehidupan kita secara total. Ratusan yang terkorban akibat Covid-19 selain puluhan ribu disahkan positif di negara ini.

“Walaupun pada mulanya saya berat hati untuk meneruskan penggambaran ini, tapi saya mahu penonton melihat dan menyelami kehidupan petugas barisan hadapan dalam melaksanakan tugas mereka yang penuh risiko hingga boleh mengancam nyawa,” katanya.

Hadiah Dari Tuhan yang bakal bersiaran selama 13 episod itu dibintangi Riena Diana, Syafi Tee, Sophie Koshka, Amy Mastura, Dynas Mokhtar, Fezrul Khan dan Izreen Azminda.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat