Belanjawan 2021 KPWKM Dan MOTAC Lulus

- Advertisement -

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Pemvbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diluluskan oleh Dewan Rakyat, sebentar tadi.

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian tersebut diluluskan melalui undian suara.

KPWKM menerima peruntukan sebanyak RM2.584 bilion dengan peningkatan sebanyak 4.50% berbanding dengan tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, KPWKM menerima peruntukan bagi Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM2.458 bilion manakala peruntukan bagi Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM126 juta.

Peruntukan Belanjawan 2021 akan memberi manfaat kepada kumpulan sasar utama KPWKM yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak, wanita, pengusaha taska, golongan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk berdepan dan meneruskan aktiviti serta kehidupan, seterusnya sama-sama menyumbang ke arah agenda pembangunan negara.

Terdahulu awal pagi tadi, RUU Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya juga lulus melalui undi belah bahagian.

Pada sesi undian belah bahagian, seramai 109 menyokong, 96 tidak menyokong dan 15 ahli Dewan Rakyat tidak hadir. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat