Tak Semua Serangan Perlu Dibalas – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa secara kiasan berpendirian dalam seni peperangan, tidak semua serangan memerlukan serang balas.

Dalam catatan di Facebooknya hari ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu mencoret “jika penyerang sedang membunuh diri melalui serangannya,biarkan dia menyerang.

“Jika kekuatan pihak yang menyerang diketahui tak seberapa, biarkan dia keletihan menyerang.
“Kita cuma perlu memerhati dan banyakkan bersabar,” katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan itu menyatakan, kerja mendamaikan jauh lebih sukar berbanding dengan menghasut dan mengadu domba.

“Sekadar “main angin” untuk cari populariti bukan bermakna ianya perjuangan, tapi lebih kepada mencari kesempatan.

“Perasan hebat secara berlebihan adalah tanda punca kejatuhan. Apalagi bila merasakan diri hebat dan diri saja yang betul,orang lain semua salah,” ujarnya tanpa merujuk kepada apa atau siapa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat