Rakyat Malaysia Di Luar Negara Akan Terus Dipantau -Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Luar Negeri akan mempastikan rakyat Malaysia yang masih di luar negara akan terus dipantau demi keselamatan dan kesejahteraan mereka disana.

Menterinya, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn, berkata walaupun berpuluh ribu rakyat Malaysia sudah dibawa pulang ke Malaysia, masih ada yang mahu kekal di negara mereka diami.

“Walaupun hampir 20,000 lebih rakyat Malaysia sudah berjaya dibawa pulang, masih ada yang mahu tinggal di negara mereka diami,

“Alhamdululillah, semua baik, tetapi kita akan pantau demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar sana, jelas beliau didalam facebook selepas meneliti laporan Taskforce Covid-19 berhubung situasi terkini rakyat Malaysia yang masih di luar negara.

Mengenai input Belanjawan 2021 untuk Kementerian Luar Negeri, beliau menjelaskan masih perlu diperkemaskan lagi demi mempastikan kebajikan warga Wisma Putra di seluruh dunia bekerja siang malam demi negara akan diutamakan dan betul-betul terbela.

Semalam, ketika sesi libat urus Belanjawan Wisma Putra bersama Menteri Kewangan melalui sidang video, beliau akan mempastikan peruntukkan Belanjawan 2021 akan mengutamakan kebajikan warganya.

Menurutnya lagi, tugas ketika era Covid-19 sangat mencabar. Sebagai Menteri di Kementerian Luar Negeri, ianya sangat penting untuk beliau mengekalkan moral dan semangat warga kerjanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat