Rawat Covid-19 RM100, secara jarak jauh

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang tidak dikenali menawarkan perkhidmatan rawatan Covid-19 serendah RM100 kepada pengarah filem, Hashim Rejab.

Hashim melalui laman Facebooknya turut memuatnaik tangkap layar perbualannya bersama lelaki tersebut yang dikenali sebagai Azul Shara Bangkok.

“Cuma RM100 sahaja, (perkhidmatan rawatan) secara jarak jauh. Beri nama saya scan dahulu untuk pastikan.

“Bayar (dan) saya buat rawatan,” memetik perbualan di dalam tangkap layar tersebut.

Lelaki tersebut turut mendakwa sebagai ‘pakar rawatan Covid-19 – semudah ABC’ dan hanya memerlukan masa sekitar 24 jam untuk menyembuhkan pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

Wakil WHO ke Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr Ying-Ru Jacqueline Lo melalui satu kenyataan pada Isnin mengingatkan orang ramai agar tidak mengharapkan vaksin virus tersebut sehinggalah seawal pertengahan 2021.

“Kami menjangkakan bila-bila masa pada akhir tahun hadapan, kita akan mendapat vaksin Covid-19 yang selamat dan berkesan.

“Namun, vaksin sahaja masih belum boleh menjaminnya. Vaksin itu perlulah dapat menampung jumlah yang kita perlukan,” katanya dalam temubual eksklusif baru-baru ini.

Beliau berkata, sebarang vaksin yang dipersetujui oleh WHO di bawah kemudahan COVAX, inisiatif lebih dari 172 negara untuk mendapat dan menyediakan vaksin yang berkesan kepada sekurang-kurangnya 20 peratus jumlah penduduk, perlu menjalani langkah lain sebelum dapat digunakan khalayak ramai.

“11 vaksin, tiga daripadanya termasuk dalam kemudahan COVAX, kini menjalani ujian Tahap Tiga, yang mana ribuan di banyak negara telah menerima pemvaksinan sementara ada yang menerima plasebo.

“Malaysia mengumumkan pada 19 September yang ia akan bergabung dengan COVAX. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin juga berkata Malaysia akan berunding secara dua hala dengan negara lain untuk mendapatkan vaksin,” katanya.

Link Fb: https://www.facebook.com/1417312770/posts/10223874831204828/?extid=0&d=n

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat