Lima kematian, 60 di ICU dan 20 kes guna alat bantuan pernafasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Meskipun kes baru positif Covid-19 mencatatkan penurunan hari ini iaitu 375 namun, situasi semasa masih menggusarkan apabila lima kematian direkodkan, 60 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 20 kes menggunakan alat bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah mengumumkan, sebanyak 371 kes baru melibatkan kes tempatan manakala hanya empat kes import hari ini.

“Status 8 Oktober mencatatkan 18 kes sembuh namun, jumlah kes aktif di negara kita sebanyak 3,703.

“Daripada 375 kes hari ini, 18 kes (kluster terasing iaitu Tembok, Benteng LD dan Penjara Reman, 50 lain-lain kluster, manakala 303 kes dalam komuniti serta empat kes import,” katanya.

Menurut beliau, Sabah merekodkan 271 kes sebahagian besar di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) .

“Lain-lain negeri antaranya Selangor sebanyak 36 kes, Kuala Lumpur 12 kes manakala Kedah 16 yakni 14 kes dari kluster terasing, Kluster Tembok, Bah Sintok (1) dan saringan SARI (1).

“Hanya Kota Setar diwartakan sebagai zon merah dan semua dari Kluster Tembok yang terasing daripada orang awam dan terkawal.

“Hari ini terdapat lima kluster baru, lima kematian di Sabah,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat