Bekas Ketua Pemuda PAN Sertai Bersatu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Melalui sekeping gambar yang dikirim kepada SuaraTV sebentar tadi, Hasnul yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong dilihat menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Saya memilih untuk berada dalam Bersatu atas kepentingan gabungan kerjasama parti-parti Melayu-Islam dan melihat kesungguhan Tan Sri (Muhyiddin) membawa budaya politik baru yang menekan akauntibiliti dan khidmat terus kepada rakyat tanpa ada jurang pemisah,” katanya.

Mac lalu, Hasnul bersama dua orang ADUN Pakatan Harapan (PH) mengisytiharkan keluar parti dan menjadi ahli bebas.

Hasnul bersama ADUN Tronoh (DAP), Yong Choo Kiong, ADUN Buntong (DAP), A. Sivasubramaniam menyatakan turut sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PH).

Sementara itu Hasnul berkata penyertaannya dalam Bersatu secara rasminya bermula 3 Jun lalu selepas kelulusan nombor keahlian.

Jelasnya lagi, keputusan itu juga diambil selepas mengambil kira kepentingan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan Titi Serong yang sebelum ini agak ketinggalan dari aspek pembangunan.

“Ya, keperluan peruntukan pembangunan dan bantuan untum rakyat menjadi salah satu faktor kenapa saya bersama Bersatu.

“Selama dua penggal iaitu 2008 hingga 2018, DUN Titi Serong berada di bawah wakil rakyat pembangkang, dan ketinggalan daripada arus pembangunan fizikal serta bantuan bagi orang-orang miskin,” katanya.

 

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat