Penyokong Emosi Keputusan Mahkamah, Gesa Najib Kemuka Rayuan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Keadaan di hadapan Mahkamah Tinggi kecoh seketika apabila sebahagian penyokong yang berhimpun di pintu pagar sejak 5 pagi tadi menjerit serta menangis kerana kecewa dengan keputusan itu.

Laungan “Bossku tak bersalah”, “Mahkamah tak adil”, “Dr Mahathir Mohamad kejam” memenuhi ruang parkir selepas hakim memutuskan bekas perdana menteri itu bersalah terhadap 7 pertuduhan berhubung RM42 juta milik bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau dikenali sebagai Mat Over berkata, kecewa dengan keputusan mahkamah terhadap pemimpin politik itu.

“Keputusan mahkamah adalah muktamad, kita seharusnya menerima keputusan itu,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mat Over berkata, beliau menganggap jasa Najib terhadap rakyat Malaysia terlalu banyak

“Jika kita hendak tahu individu itu baik, kita perlu tanya kepada rakannya, jika hendak tahu keburukannya pula tanya pada musuhnya,” katanya.

Seorang warga emas yang mengaku sebagai penyokong tegar Najib, Putri Maslia turut meledak kemarahan setelah mendapat tahu keputusan tersebut.

“Ini sudah salah! Datuk Seri (Najib) banyak tolong saya dulu. Kes SRC untuk bantu orang susah, dan dia bantu saya,” katanya yang berkerusi roda.

Seorang lagi penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah dari Sepang, berkata Najib masih mempunyai peluang dan perlu memfailkan rayuan kerana beliau yakin berlaku kekhilafan dalam perbicaraan kes itu,

“Bossku kena rayu balik. Ini adalah salah.”

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat