MP Pasir Gudang Terdiam Dibidas Mastura

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PH Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim terdiam selepas dibidas Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid apabila cuba meyalahkan kerajaan berhubung kegagalan penguatkuasaan penerokaan tanah haram di pihak kerajaan negeri.

Mastura berkata walaupun terdapat pertindihan kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri namun kerajaan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan sentiasa mengadakan kerjasama dengan pihak kerajaan negeri demi membanteras penerokaan haram.

Beliau turut mengharapkan kerjasama daripada orang ramai khususnya kakitangan di Pejabat Tanah dan Galian di peringkat akar umbi agar turut memantau penceborohan tanah haram ini bagi kita memastikan jenayah ini tidak berlaku khususnya di kalangan warga asing.

“Soal tanah jelas di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebab itu dalam masa sama MKN perlu adakan kerjasama di mana usaha MKN dan tentu pakar dalam perkara ini beri kerjasama secara tuntas hingga ke bawah.

“Paling penting Yang Dipertua adalah kesedaran di kalangan penjawa awam bahawa kerja penjawat awam di Pejabat tanah bukan hanya melihat dari segi pertkaran hak milik atau melihat perkara kebiasaan hari-hari oleh pelanggan yang datang ke pejabat.

“Tetapi juga hal penceborohan yang juga mengambil kira hal-hal berkaitan jenayah dan juga akta-akta berkaitan dengan Imegresen,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat