“Ikon Bandaraya Ipoh” Masih Kekal Milik S Pavithra.

- Advertisement -

IPOH: Majlis Bandar Raya Ipoh masih mengekalkan status penganugerahan “Ikon Bandar Raya Ipoh” yang dianugerahkan kepada youtber masakan terkenal masih dikekalkan kepada S.Pavinthra, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

“S.Pavinthra tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi untuk menolak penganugerahan tersebut. Penganugerahan itu masih kekal walaupun ada khabar angin mengatakan pasangan youtuber tersebut ingin menolak anugerah itu.

“Buat masa ini, ‘Status quo’ tidak berubah. Beliau mengulas kenyataan pasangan itu untuk menolak pemberian anugerah tersebut, katanya kepada pemberita.

Pemberian itu akan diberi pada sambutan ke-33 tahun Majlis Bandar Raya Ipoh pada tahun depan.

Media sebelum ini melaporkan, selepas semua konflik yang berlaku, pasangan Youtuber terkenal ‘Sugu Pavithra’ menetapkan pendirian untuk menolak sebarang anugerah selepas ini.

Memetik laporan itu, Pavithra berkata, dia bersama suami juga membuat keputusan menolak penganugerahan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh yang diterimanya baru-baru ini.

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat