Rayhan Kabir Direman 14 Hari

- Advertisement -

Selama – Lelaki warga Bangladesh yang membuat pelbagai dakwaan terhadap pihak berkuasa Malaysia menerusi dokumentari terbitan Al Jazeera, Md Rayhan Kabir, direman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Md Rayhan ditahan Unit Risikan Operasi, Jabatan Imigresen Putrajaya, pada jam 5.45 petang semalam di Setapak sebelum diserahkan kepada pihak polis kira-kira jam 6.00 petang.

“Pihak berkuasa sudah menangkap lelaki itu, semalam, dan dia direman selama 14 hari bagi membantu siasatan, bermula hari ini.

“Kita akan memastikan siasatan dilakukan dengan sebaik mungkin dan kemudian mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Larut, Matang dan Selama di Dewan Semai Bakti, FELDA Ijok, di sini, hari ini.

Sementara itu Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya akan merakam keterangan Md Rayhan berhubung penyiaran dokumentari terbitan Al Jazeera yang berniat memburukkan Malaysia.

“Kita akan rakaman keterangan beliau bagi membantu siasatan, bagaimanapun kita masih belum tetapkan lagi tarikh dan masanya.

“Perkara itu akan diputuskan dengan pihak Jabatan Imigresen (Imigresen), kita akan tetap rakam keterangan Rayhan ,” katanya.

Pada 7 Julai lalu, Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang awam untuk menjejaki Md Rayhan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Dalam laporan khas disiarkan Al Jazeera, lelaki itu membuat pelbagai dakwaan dan tohmahan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana membabitkan imej dan maruah negara.

Beliau menegaskan, mana-mana warga asing yang tinggal dan bekerja di Malaysia perlu mematuhi undang-undang negara dengan memiliki dokumen sah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat