Covid-19: Dua Kluster Baharu Dikenalpasti – KKM

- Advertisement -

Putrajaya – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat dua buah kluster baharu yang dikenal pasti pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan kluster masih aktif di Malaysia sebanyak 21 kluster.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan, dua kluster tersebut ialah Kluster Bukit Tiram di Johor dan Kluster Syarikat Pembinaan Kuching, Sarawak.

Menurutnya, salah satu kluster baru itu dikenal pasti apabila terdapat dua kes positif yang telah dilaporkan di sebuah pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor.

“Kedua-dua kes positif (iaitu kes ke-8,868 dan kes ke-8,869) yang dikesan dalam kluster ini merupakan bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan merupakan kakitangan pusat tersebut.

“Kedua-dua kes positif mula mengalami gejala pada 15 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sebelum mereka membuat saringan dan dikesan positif pada 24 Julai 2020.

“Terdapat dua kes positif dan 10 orang kontak rapat yang telah dikenal pasti dalam kluster ini telah disaring dan masih menunggu keputusan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kes pertama bagi kluster di Kuching pula merupakan kes positif yang telah dikesan pada 11 Julai 2020 (kes ke-8715).

Jelasnya, sebanyak 55 kontak rapat telah dikenal pasti yang terdiri daripada lima rakan serumah dan 50 rakan sekerja yang semuanya telah disaring dan didapati negatif COVID-19.

“Kluster ini telah dikenal pasti apabila satu kes positif (kes ke8881) telah dikesan daripada saringan ulangan kontak-kontak rapat kes ke-8715.

“Punca bagi kedua-dua kluster tersebut masih dalam siasatan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat