Tertangguh Akibat PKP, ManifestasiSITI2020 Akhirnya Dilancarkan

- Advertisement -

SELEPAS empat tahun tidak menghasilkan sebarang album baru, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul ManifestaSITI2020 baru-baru ini.

Pelancaran album ini sepatutnya dibuat pada April lalu, namun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan akibat pandemik Covid-19, ia terpaksa ditangguhkan.

Namun anak kelahiran Kuala Lipis itu tidak menganggap penguatkuasaan PKP sebagai halangan untuk melancarkan album barunya.

Siti Nurhaliza menganggap penghasilan album ini sangat bermakna kerana ia merupakan satu album yang menterjemahkan emosi dan juga suara hatinya.

“ManifestaSITI2020 ini adalah buah tangan saya pada tahun 2020 dan tentunya saya mahu mengabadikan sesuatu yang istimewa sempena kedatangan tahun yang mempunyai sejarah tersendiri kepada dunia,” katanya semasa sidang media pelancaran Album ManifestaSiti2020 yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pada masa sama, Siti Nurhaliza juga menyatakan bahawa pemilihan lagu Teratai Menjelma untuk dimuatkan dalam album tersebut kerana beliau mahu sesuatu yang peminat rindu untuk mendengarnya.

“Saya rasa ManifestaSITI2020 perlukan sesuatu yang orang rindu-rindukan, maka tercetuslah idea untuk memilih lagu Teratai Menjelma untuk dimuatkan dalam album ini,” katanya.

Selain Teratai Menjelma, album ke-18 Siti Nurhaliza menampilkan beberapa lagu baharu iaitu Siapa Tak Mahu, Kuasa Cintamu, Takhta Dunia, dan Tertulis Nama Kita ciptaannya sendiri bersama pengurus, Rozisangdewi.

Muzik video 7 Nasihat, duet Siti Nurhaliza bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta dilancarkan dilaman YouTube Siti Official Video pada 7 Julai lalu pada 7.07 minit malam.-SUARA TV

author avatar
Muhammad Arafat
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat