Tawaran Bersatu kepada Musa Aman Jejaskan PN – Pemimpin UMNO Sabah

- Advertisement -

Tindakan pihak tertentu dalam Bersatu menawarkan tempat kepada Tan Sri Musa Aman dalam parti tersebut akan menjejaskan usaha Bersatu dan Barisan Nasional (BN) bertanding sebagai Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya akan datang.

Menurut seorang pemimpin UMNO Sabah, usaha menawarkan Musa menyertai Bersatu jika mahu kembali menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu dalam masa beberapa minggu akan datang, adalah tidak wajar dan akan menimbulkan rasa curiga antara parti yang mendokong kerajaan PN.

“Pertama saya perlu tegaskan Musa adalah Ketua Menteri yang sah mengikut perlembagaan negeri sebelum ‘dicabul’ oleh Datuk Seri Shafie Apdal dan kerajaan Persekutuan.”

“Kedua, walaupun kini Bersatu mempunyai banyak kerusi DUN, namun semua itu adalah hasil kemenangan UMNO dan BN di Sabah. Jika Bersatu ikhlas dalam mengukuhkan kerjasama dengan BN, tidak timbul usaha menarik Musa Aman menyertai mereka.”

Pemimpin tersebut turut membandingkan keadaan di Perak.

“BN Perak boleh terus membenarkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kekal Menteri Besar walaupun Bersatu hanya ada tiga kerusi, maka kita tidak  nampak mengapa perkara tersebut tidak boleh berlaku di Sabah.”

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kerajaan negeri Sabah pimpinan Shafie Apdal akan tumbang dalam masa terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat