7 Sekeluarga Dijangkiti Covid-19, Bapa Abai Larangan Solat Di Masjid Ketika Wabak

- Advertisement -

JAKARTA – Tujuh sekeluarga disahkan positif virus Covid-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid.

Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita termasuk kanak-kanak berusia dua tahun.

Pegawai pencegahan Covid-19 Kota Solo, Ahyani berkata, keluarga itu terdiri daripada usia dua hingga 58 tahun.

“Keluarga ini dijangkiti daripada bapa berusia 58 tahun yang bersolat tarawih di masjid.

“Ujian swab test menunjukkan semua mereka positif apabila ketua keluarga itu mula mengalami gejala.

“Saringan kontak rapat mendapati enam ahli keluarganya turut positif dan menunjukkan gejala,” katanya.

Menurutnya, dia mengesyaki jangkitan itu daripada bapa yang menunaikan solat tarawih di masjid.

Keluarga itu dilaporkan dirawat di Hospital Bung Karno dan pihak berkuasa kini sedang mengesan punca penularan wabak di masjid dan kontak rapat lelaki itu.

Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa supaya masyarakat beragama Islam di negara itu tidak menunaikan solat di masjid termasuk solat Jumaat dan tarawih.

Bagaimanapun, arahan itu tidak dihiraukan penduduk setempat menyebabkan penularan wabak itu di Indonesia semakin membimbangkan.

Setakat ini, 16,006 sudah dijangkiti wabak itu di Indonesia dengan 1,043 kematian dan kes aktif 11,445.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat