Covid-19 Sudah “Masuk” White House, Trump Topeng Muka Pun Tak Pakai!!

- Advertisement -

WASHINGTON: Selepas seorang pembantu peribadi Presiden Donald Trump di Rumah Putih disahkan menghidap Covid-19 kelmarin, Setiausaha Akhbar kepada Naib Presiden, Mike Pence pula disahkan mendapat penyakit yang sama.

Walaupun tidak berhubung secara terus dengan Trump tapi Setiausaha Akhbar tersebut, Katie Miller adalah isteri kepada Penasihat Kanan yang juga penulis ucapan Trump, Steven Miller.

Kedua-dua jawatan ini bukan sahaja berprofil tinggi malah mempunyai kontak yang tinggi juga di Rumah Putih.

Miller baru sahaja disahkan negatif semalam tapi pemeriksaan kali kedua mendapati keputusannya adalah positif. Apa yang tambah membimbangkan ialah hanya segelintir orang di Rumah Putih yang memakai penutup muka dan mulut – keadaan yang akan berubah mulai sekarang kata Trump.

Ketika menjawab soalan wartawan melalui panggilan telefon semalam sama ada Trump akan mengarahkan kakitangan Rumah Putih untuk memakai topeng muka, Trump menjawab “Jawapannya ya, mereka sudah pun memulakannya”. Ironinya, rakyat di seluruh negara itu telah mula menggunakan topeng muka sejak berminggu dulu tapi kakitangan Rumah Putih – pejabat paling tinggi di Amerika Syarikat, hanya “baru bermula”.

Menurut CNN, perkara ini (kakitangan Rumah Putih tidak memakai topeng muka) mungkin disebabkan Presiden sendiri tidak memakai topeng muka. Malah ketika menghadiri Hari Veteran semalam, berjumpa dengan bekas askar yang rata-rata berusia lebih 90 tahun, Trump tidak pun memakai topeng muka! Alasan Trump dia berada jauh dari pada para veteran tersebut, jika angin bertiup sekalipun, para veteran itu tidak akan mendapat jangkitan.

Sikap Trump yang suka memandang rendah bahaya Covid-19 bukan rahsia. Bahkan sikap itu dikaitkan dengan kegagalan mengurus pandemik tersebut sehingga sejak awal bulan April lalu, Amerika Syarikat menjadi negara yang mempunyai jumlah jangkitan Covid-19 paling ramai dan kematian juga paling tinggi di dunia – CNN

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat