Idea Trump Guna Bahan Peluntur Rawat Covid-19, Ditolak Pakar

- Advertisement -

NBCNEWS: Pakar-pakar perubatan menolak sepenuhnya cadangan Presiden Donald Trump untuk menggunakan bahan nyahkuman seperti peluntur, untuk merawat Covid-19.

Idea ini muncul dari Trump untuk dikaji keberkesanannya semalam, semasa sidang media harian mengenai Covid-19 di Rumah Putih, selepas pegawai agensi Keselamatan Dalam Negara (Homeland Security), menyebut tentang keupayaan bahan nyahkuman ini untuk membunuh virus berkenaan di permukaan.

Doktor bagaimanapun berkata, penggunaan bahan peluntur adalah beracun dan berbahaya jika digunakan dengan salah.

Dr. Vin Gupta, seorang pakar kesihatan awam global berkata,”tanggapan menyuntik atau menghadam bahan pencuci ke dalam badan, adalah tidak bertanggungjawab.”

“Ia adalah pendekatan biasa yang digunakan oleh mereka yang ingin membunuh diri”, katanya lagi.

Sekarang ada banyak perdebatan di Amerika Syarikat berkaitan Trump dengan sains. Trump dikatakan sering memberi pandangan yang bercanggah dengan sains.

Contohnya bila beliau berbeza pendapat dengan pakar-pakar dalam pasukan petugas khas Covid-19 nya sendiri mengenai kebarangkalian kes berkaitan virus itu akan melonjak naik di masa musim luruh yang akan datang.

– SuaraTV

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat