Najib Tunjuk Fakta, Pentadbiran Mana Benarkan Perhimpunan Tabligh

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran di akaun Facebooknya hari ini, menunjukkan bukti bahawa bukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang membenarkan perhimpunan tabligh – yang setakat ini merupakan kluster terbesar Covid-19 di negara kita.

Ini bagi membalas jawapan seorang bekas Menteri  yang meminta Menteri Kesihatan baru bertanya kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri) berkenaan kelulusan tersebut.

Kata Najib”Jawapan begitu mudah!  Kuasa mana lebih besar?  NADMA atau PDRM? Lagipun dua minggu sebelum PDRM memberi kelulusan bertulis pada 12 Feb 2020 untuk acara Tabligh, sebuah Masjid yang cuba menghalang pelawat asing telah ditegur oleh PM ke-7 sebagai tidak bertanggungjawab dan diarahkan untuk membatalkan halangan.

Sebab itu kata Najib, PDRM tidak boleh disalahkan kerana membenarkan perhimpunan tersebut, berikutan mereka hanya berpandukan kepada polisi kerajaan pada masa itu.


SuaraTV

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat