Zamihan Sakit Hati, Menteri Tak Ajak Jumpa Sekali Kata Netizen

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Zamihan Mat Zin disifatkan sebagai cemburu kerana tidak di jemput untuk menyertai perjumpaan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kenyataan itu disuarakan oleh majoriti pengguna media sosial ekoran kencaman yang dilemparkan oleh Zamihan.

“Zamihan sakit hati ustaz Zulkifli (Menteri) tak panggil dia join (sertai sekali),” kata Anas Zainal Abidin.

”Tak payah layanlah si ‘mehan al-Larieeeee’ (Zamihan) tu, dah banyak hari dah dia dok meracau macam tu (mungkin) pasal salah makan ubat,” kata Taib Ishak.

“Jelesla tu, depa (mereka) tak ajak dia sama,” tulis Muzamil Bakar.

“Merapu kuat sangatlah Zamihan ni, meroyan ka?” soal Ahmad Iswadi pula.

Semalam, Zamihan mendakwa Zulkifli telah melanggar arahan Perintah Arahan Pergerakan (PKP) sambil mendakwa bekas mufti Wilayah Persekutuan itu sebagai pengikut fahaman Wahabi.

“Lebai Wahhab (Wahabi) langgar PKP. Hanya Pak Wahhab je yang memanggil anak-anaknya datang bermesyuarat secara strategik di musim PKP.

“Walaupun melanggar arahan PKP dan SOPnya, Pak Wahhab dan Lebai Salaf tetap kebal kerana sudah mencapai makam Imam Maksum.

“Undang-undang negara seakan hanya untuk rakyat marhaen sahaja,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Kenyataan itu ekoran perjumpaan Zulkifli bersama beberapa ilmuan hadis di negara ini bagi menerbitkan terjemahan lengkap Kutub al-Sittah (Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Nasa’i, Sunan Abu Daud, Jami’ al-Tirmizi dan Sunan Ibn Majah) dalam bahasa Melayu.

Perjumpaan yang diadakan di pejabat Menteri itu dihadiri oleh Pensyarah Fekah dan Usul Fiqh, Dr Rozaimi Ramle; Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya dan Pensyarah Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Dr Kamilin Jamilin.

Zamihan sebelum ini turut mempertikaikan keputusan kerajaan berhubung larangan solat jumaat dan berjemaah sebagai ‘fatwa pelik bin ajaib’. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat