Maki Pihak Berkuasa: Satu Bagi Peluang, Bimbang Beribu Lagi Datang

- Advertisement -

E-MAIL PEMBACA

BENDA paling mudah dalam dunia – selain beberapa perkara, ialah bercakap. Maki hamun ini salah satu cabang dalam bercakap itulah.

Justeru bila pihak berkuasa seperti polis dimaki hamun semasa menjalankan tugas, lebih-lebih lagi pada waktu sekarang dimana wabak Covid-19 sedang melanda negara, ia sangatlah tidak boleh dipandang ringan.

Jika berlaku di luar waktu krisis itu mungkin boleh diperdebatkan (itupun tak betul dah sebenarnya), tapi sekarang ini waktu krisis. Seperti buat lawak pasal kematian di kedai kopi, dengan lawak sama sewaktu jenazah nak masuk liang lahad, kan tak kena tu? Lawak itu juga.

Kalau seorang pemaki pihak berkuasa ini lepas dan tidak diambil tindakan, maka jangan terperanjat kalau selepas itu beribu makian lagi boleh datang. Sebab itu kita wajib menyokong tindakan tegas dikenakan ke atas mereka yang memaki hamun pihak berkuasa semasa menjalankan tugas pada waktu negara sedang berhadapan krisis sekarang.

Jangan bagi muka.

Apa peguam pembela nak cakap, itu pasal dia, yang buat keputusan ialah Mahkamah – bukan dia. Apatah lagi ada kepentingan “fulus” di dalam itu, apa yang nak dihairankan sangat?

Syukurlah rakyat pun nampaknya menyokong tindakan tegas pihak berkuasa dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Tak ramai sedar, apa yang pihak berkuasa kita berhadapan sekarang ini, bukan setakat menguatkuasakan undang-undang sahaja tapi mengubah mindset rakyat kita.

Berpuluh tahun hidup pagi-pagi nak kena teh di kedai kopi, duduk shopping mall berjam-jam, beli barang sebutir macam beli pasir selori lamanya, menyembang, membawang – semua ini semua sudah jadi gaya hidup, dah jadi darah daging, bukan senang nak diubah.

Maka itu apa yang kerajaan (melalui agensi penguatkuasaan) buat itu betul, seminggu bagi nasihat, seminggu sedikit tegas, seminggu lebih tegas dan seterusnya, sebab ini soal nak mengubah mentaliti, dalam masa yang sama menguatkuasakan undang-undang untuk mengekang wabak dari terus merebak.

Syabas pihak berkuasa.

Polis Pencen
Pantai Merdeka

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat