Perlu Tabah Hadapi Ujian, Abaikan Retorik Politik – Zahid

Study to boost the value of future rail network

MALAYSIA will embark on a detailed study this year to see how it can maximise economic and social returns should a decision be made...

Jenama UMNO sudah gah, tapi jurujual tak hebat – A.Kadir Jasin

  KUALA LUMPUR- UMNO adalah satu jenama yang terkenal dan popular, namun yang menjadi masalah adalah jurujualnya. Tokoh wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin memberitahu, UMNO...

Jadikan tv kerajaan saluran pembelajaran online musim PKP – Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan saluran televisyen milik kerajaan perlu didedikasikan sepenuhnya untuk tujuan pembelajaran dalam talian kepada pelajar...

HSR project: Not the end of the line

THE Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail (HSR) bilateral agreement was officially terminated after the top leaders of Malaysia and Singapore agreed to let the...

Usah desak Presiden UMNO ‘berehat’, tunggu pemilihan MKT – Annuar Musa

KUALA LUMPUR - Meskipun posisinya ‘diganti’ namun bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa nampaknya tidak menyimpan dendam malah mengemukakan pandangan bahawa...

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi perutusan tahun baru 2021 malam ini menyeru rakyat negara ini tabah dalam menghadapi ujian pandemik Covid-19 yang masih mengancam kehidupan semua pihak.

Ahmad Zahid turut berharap rakyat yang sedang menghadapi tekanan ekonomi juga dapat bersabar dan perlu meyakini hikmah di sebalik yang terjadi.

“Menghadapi cabaran-cabaran untuk mencari rezeki halal untuk keluarga, diuji dengan kepayahan membayar perkhidmatan asas, bakal dihumban ke jalanan kerana tidak mampu membayar sewa.

“Hilang punca pendapatan, kerana perniagaan telah merudum, benarlah jika saya katakan sebahagian daripada kita sedang merana.

“Benar, pelbagai bantuan dan telah disediakan, namun syarat-syarat yang dikenakan bukan sahaja menyusahkan rakyat, malah menjadi titik penghalang kepada bantuan yang sepatutnya menjadi hak milik mereka yang terkesan.

“Sudah tiba masanya kita berhenti mendengar hanya suara mereka yang diatas, tetapi juga harus turun ke padang dan mendengar sendiri denyut nadi rakyat.

“Satu lagi isu adalah pengeluaran caruman KWSP yang memerlukan kewajaran dan kewarasan.

“Begitu juga penolakan terhadap moratorium pinjaman kewangan yang sama sekali mengenepikan suara rakyat, adakalanya mendengar keluhan dan rintihan rakyat dan adalah lebih penting daripada menyantuni orang kaya dan kumpulan yang berkepentingan,” ujar Ahmad Zahid.

Beliau juga mengajak parti-parti politik mengabaikan retorik politik sebaliknya sama-sama berfikir untuk kepentingan rakyat.

“Saya menjemput parti-parti politik dan kepimpinan untuk bersama memikirkan pendekatan terbaik untuk memacu ekonomi, mencipta pekerjaan, memeriahkan landskap perniagaan, mengurangkan kos sara hidup dan membantu rakyat menghadapi tekanan kewangan.

“Tidak kira sama ada kita Melayu, Cina, India, Iban Kadazan dan Orang Asli sekalipun, kita semua mampu untuk mengangkat politik matang dan meletakkan keutamaan kepada negara yang kian merasai impak sebuah pandemik,” ujarnya.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau sempena tahun baru 2021;-

SELURUH dunia pada waktu ini mengharungi pandemik Covid-19 yang telah menyaksikan lebih 1.7 juta kematian dan mengubah kehidupan manusia sepenuhnya.

Malaysia sendiri menyaksikan bilangan pesakit Covid-19 melangkaui 100,000 orang dengan catatan kematian lebih 450 mangsa.

Saya pasti ramai dalam kalangan kita yang masih lagi berkabung di atas kehilangan mereka yang dikasihi.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga yang terkesan dan berdoa ke hadrat Ilahi agar ahli keluarga yang masih mendapatkan rawatan di hospital disatukan semula dengan keluarga masing-masing.

Saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang sanggup bergadai nyawa demi menjaga keselamatan kita.

UMNO telah menjadi tunjang dan tulang belakang kepada negara ini lebih 60 tahun dengan kepimpinan yang lalu berusaha keras untuk menegakkan negara kita dari cengkaman zaman penjajah.

UMNO yang telah mengetuai perikatan dan Barisan Nasional, malah negara ini telah stabil bagi memastikan kemajuan infrastruktur, memacu pembangunan negara, menyambut seruan revolusi industri 4.0 (IR4.0) memacu pembangunan perniagaan seluruh negara terutamanya Melayu dan bumiputera.

Hasilnya, bilangan Melayu yang kini bergelar ahli perniagaan dan menjadi gergasi di dalam industri dan pengurus-pengurus syarikat dan telah mengembangkan sayapnya keluar negara.

Malah jurutera Melayu juga telah diberikan kebertanggungjawaban untuk membina jalan raya dan monumen-monumen ternama di luar negara merupakan hasil titik peluh UMNO dalam memperjuangkan keabsahan Melayu dalam memacu kemajuan tamadun dunia.

Jelas di sini bangsa Melayu dan bumiputera mempunyai kemampuan yang sama seperti bangsa lain.

Inilah kejayaan UMNO yang telah kita banggakan, pemerkasaan Melayu dan bumiputera telah mencipta hartawan-hartawan yang memacu keberadaan kaum Melayu dalam kalangan bangsa yang berkongsi sebahagian daripada kekayaan negara.

Sungguh pun UMNO adalah parti dominan dalam Barisan Nasional, kami tetap menghormati dan mengiktiraf bangsa lain.

Kepimpinan berdasarkan konsep Melayu Islam turut diisi bersama-sama dengan kaum Cina, India, etnik-etnik Sabah dan Sarawak dan kerana itu kita menjunjung keadilan dan saksama buat semua rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sekalian, di kala negara menghadapi cabaran Covid-19, kita turut berhadapan cabaran kehilangan kuasa majoriti di Parlimen pada tahun 2018.

UMNO menerima kekalahan itu dengan hati penuh terbuka, malah kami memastikan kelancaran peralihan kuasa dari Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Ini adalah hasil daripada prinsip UMNO sendiri yang telah ditubuhkan dengan kepercayaan kukuh terhadap demokrasi berparlimen.

Kedaulatan undang-undang, maruah yang tinggi dan kepercayaan kepada rakyat untuk menentukan hala tuju negara telah kami laksanakan.

Dengan kuasa Allah SWT, UMNO terus bangkit hasil komitmen kami bagi menjunjung hak sama rata manusia dan saling menghormati di antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun, hayat kerajaan Pakatan Harapan tidak lama, akibat daripada kesilapan mereka sendiri yang terlalu mahukan kuasa dan saling tikam-menikam sehingga rakyat terabai dan pada waktu yang sama ancaman Covid-19 kian memuncak.

Ketika itu, UMNO memutuskan untuk berkhidmat dengan meletakkan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat.

Kedatangan pandemik global tidak membolehkan kita turut serta di dalam sebuah pilihan raya, lantas wujudnya sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Pelbagai tohmahan dan cacian telah dilemparkan, termasuk melabelkan kerajaan Perikatan Nasional sebagai ‘kerajaan tebuk atap’, UMNO dianggap sebagai parti yang gila kuasa sehingga ada yang sanggup memberi sokongan kepada kerajaan yang lemah demi jawatan kononnya.

Meskipun tohmahan-tohmahan tidak berasas ini terus dilemparkan, pada masa yang sama kepimpinan pasti turut mengenalpasti di sebalik peralihan kuasa yang berlaku yang dilakukan oleh seorang individu yang senantiasa mempunyai agendanya tersendiri untuk mengganggu ketenteraman negara ini.

Sebagai presiden parti, kebimbangan saya hanyalah untuk rakyat, saya ingin memastikan UMNO memenuhi kehendak institusi beraja, negara dan rakyat.

Mengembalikan mandat kepada rakyat sememangnya menjadi perjuangan UMNO.

Dan jikalau rakyat sudah dibenarkan merentas negeri dan melancong, mungkin inilah masa paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum.

Pertukaran kerajaan bukanlah sesuatu yang sihat, dan ia bukan kehendak rakyat lebih-lebih lagi ramai diantara kita yang terkesan akibat cengkaman pandemik bersusah payah untuk mengisi perut, perut yang lapar tentunya.

Menghadapi cabaran-cabaran untuk mencari rezeki halal untuk keluarga, diuji dengan kepayahan membayar perkhidmatan asas, bakal dihumban ke jalanan kerana tidak mampu membayar sewa.

Hilang punca pendapatan, kerana perniagaan telah merudum, benarlah jika saya katakan sebahagian daripada kita sedang merana.

Benar, pelbagai bantuan dan telah disediakan, namun syarat-syarat yang dikenakan bukan sahaja menyusahkan rakyat, malah menjadi titik penghalang kepada bantuan yang sepatutnya menjadi hak milik mereka yang terkesan.

Sudah tiba masanya kita berhenti mendengar hanya suara mereka yang diatas, tetapi juga harus turun ke padang dan mendengar sendiri denyut nadi rakyat.

Satu lagi isu adalah pengeluaran caruman KWSP yang memerlukan kewajaran dan kewarasan.

Begitu juga penolakan terhadap moratorium pinjaman kewangan yang sama sekali mengenepikan suara rakyat, adakalanya mendengar keluhan dan rintihan rakyat dan adalah lebih penting daripada menyantuni orang kaya dan kumpulan yang berkepentingan.

Saya mewakili UMNO, memohon maaf di atas kesusahan yang rakyat hadapi.

Kita haruslah meletakkan kepercayaan ke atas kuasa Allah SWT, semoga kita tabah menghadapi ujian ini.

Saya sedar kerajaan ini tidak stabil, tidak seperti kerajaan kami yang di mana UMNO dan Barisan Nasional telah memerintah, namun inilah realiti baharu yang perlu kita hadapi.

Sudah sampai masanya kita abaikan retorik politik, sejukkan keadaan kerana parti politik tidak sepatutnya bermusuhan.

Tiada pemimpin yang harus menjadi seteru kita dan demi kemajuan kita perlu berhenti daripada persengketaan sesama kita.

Saya menjemput parti-parti politik dan kepimpinan untuk bersama memikirkan pendekatan terbaik untuk memacu ekonomi, mencipta pekerjaan, memeriahkan landskap perniagaan, mengurangkan kos sara hidup dan membantu rakyat menghadapi tekanan kewangan.

Banyak bisnes yang gulung tikar, ada industri kecil dan sederhana atau IKS yang ‘hidup segan mati tak mahu’ dan terpaksa gulung tikar, pemandu teksi dan e-hailing turut terjejas, pemilik restoran dan perniagaan kecil-kecilan turut terjerut.

Waktu yang mencabar ini, memerlukan kepimpinan yang berwibawa, sebagai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, izinkan saya mengambil langkah pertama untuk menjemput parti-parti politik dan kepimpinan untuk mengadakan perbincangan dan buktikan kepada rakyat.

Tidak kira sama ada kita Melayu, Cina, India, Iban Kadazan dan Orang Asli sekalipun, kita semua mampu untuk mengangkat politik matang dan meletakkan keutamaan kepada negara yang kian merasai impak sebuah pandemik.

Di dalam politik, tidak ada yang pasti, politik adalah pendekatan yang dicipta untuk melindungi dan memenuhi keperluan rakyat dan dalam keadaan yang luar biasa ini pendekatan dan persetujuan luar biasa juga perlu dicapai.

Kepimpinan sejati yang rakyat mahukan harus memberi fokus kepada keperluan rakyat dan negara.

Sebagai sebuah negara, kita gagal jika isu asas tidak diambil peduli oleh kerajaan.

Pintu UMNO sentiasa membuka kepada kerjasama demi kebaikan negara, UMNO dan saya mengucapkan selamat tahun baharu dengan ingatan tulus ikhlas kami bersama rakyat Malaysia keseluruhannya yang saban hari mengharungi cabaran terbesar dalam hidup mereka adalah menjadi keperhatinan kami.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

Usah desak Presiden UMNO ‘berehat’, tunggu pemilihan MKT – Annuar Musa

KUALA LUMPUR - Meskipun posisinya ‘diganti’ namun bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa nampaknya tidak menyimpan dendam malah mengemukakan pandangan bahawa...

DAP anggar peruntukan dewan di Pagoh boleh bina enam, tujuh masjid

KUALA LUMPUR – Peruntukan RM35.4 juta bagi membina tiga dewan orang ramai di kawasan Parlimen Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh terus...

Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Istiqamah Fokus Keperluan Rakyat – Wan Saiful

KUALA LUMPUR - Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan kerajaan yang istiqamah untuk memfokus kepada keperluan rakyat, kata Ketua Penerangan Bersatu...