Mael Totey The Movie dirompak

Najib Seru Rakyat Bersabar, Beri Ruang KWSP Umum Perincian Proses Pengeluaran

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini meminta rakyat terutama pencarum Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) bersabar dan...

Belanjawan 2021 Lepasi Halangan Terbesar – Tok Mat

CYBERJAYA - Belanjawan 2021 telah melepasi halangan terbesar apabila diluluskan sebaik selesai sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk...

Pemimpin DAP Sindir MP PH Tak Berdiri Bantah Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Dalam nada menyindir dan penuh maksud tersirat, pemimpin DAP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Kim...

Pasaran Saham, Nilai Ringgit Beri Reaksi Positif Selepas Belanjawan 2021 Diluluskan

KUALA LUMPUR - Pasaran saham tempatan dan ringgit meraih suntikan daripada kelulusan Belanjawan 2021 di Parlimen apabila mencatat prestasi positif ketika mengakhiri dagangan. Bursa Malaysia...

Covid-19: PKPB Daerah Kuching Ditamatkan Esok

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching yang dikuatkuasakan sejak 9 November lalu, ditamatkan esok. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada...

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memandang serius aduan penerbit filem, Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli mengenai kegiatan pengedaran filem melalui platform media sosial dan laman sesawang tanpa lesen.

Tindakan pengedaran filem secara haram dianggap melanggar Akta Hak Cipta 1987 dan syarat lesen yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, FINAS melalui Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan bertindak proaktif dalam menangani isu cetak rompak digital itu.

Siasatan awal yang dijalankan mendapati beberapa platform digunakan untuk menjalankan kegiatan pengedaran filem tanpa kebenaran pemilik menerusi Akta Hak Cipta 1987.

“Kami ingin mengingatkan kepada pihak yang terbabit dalam kegiatan pengedaran filem melalui platform media sosial, e-dagang dan laman sesawang dalam urusan edaran, jual beli dan sewaan dalam talian tanpa lesen yang sah dan melakukan pelanggaran Akta Hak Cipta 1987 serta syarat lesen yang ditetapkan untuk menghentikan kegiatan ini serta merta.

“Tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit dalam kegiatan pengedaran yang menyalahi undang-undang berdasarkan Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) akan diambil.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda di bawah Seksyen 25 (1) akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak lebih daripada RM 50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan yang dihantar, petang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. - Foto FINAS
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. – Foto FINAS

Idham menasihatkan orang awam agar tidak menyokong dan bersubahat dengan melanggan, membeli mahupun memuat turun sebarang kegiatan filem yang disyaki tidak memiliki lesen pengedaran sah, sama ada melalui platform media sosial, e-dagang dan laman sesawang.

Idham berkata, FINAS bersikap terbuka dan menyambut baik untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi berkaitan demi membanteras kegiatan aktiviti pengedaran filem tanpa lesen sah daripada FINAS.

“Kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana agensi demi mengekang penularan pengedaran filem secara haram. Sekiranya mempunyai maklumat dan ingin membuat aduan tindakan salah laku boleh dilakukan menerusi melalui e-mel [email protected],” katanya.

Syahmi Sazli (tengah) bekerjasama dengan Asif dan Yoe menerusi filem Mael Totey The Movie.
Syahmi Sazli (tengah) bekerjasama dengan Asif dan Yoe menerusi filem Mael Totey The Movie.

 

Filem Mael Totey The Movie yang ditayangkan sejak 22 Oktober lalu berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan menerusi Astro First.

Mael Totey The Movie yang menelan belanja RM400,00 adalah filem sulung arahan YouTuber terkenal, Syahmi Sazli.

Ia dihasilkan menggunakan wang simpanan Syahmi yang turut bertindak selaku pengarah filem itu.

Filem bergenre komedi yang mengisahkan pemuda lurus bendul bernama Mael yang berusaha mempelajari bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya. Ia dibintangi selebriti YouTube, Yoe, Asif, Emaleen Minhad dan Aween Ismail.

Turut membintangi filem berkenaan, penyampai radio Gegar FM, Ewan, Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff serta ramai lagi.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan

Kami Cuba KFC Crunchy Tandoori Baharu Dan Ini Pandangan Kami

KFC Malaysia baru-baru ini telah melancarkan menu ayam goreng terbaru mereka, KFC Crunchy Tandoori. Kami yakin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rasa ayam terbaru daripada...

Nintendo Pilih Malaysia Sebagai Pengeluar Terbaru Konsol Switch

Sejak pandemik tiba, dapat dilihat populariti konsol daripada Nintendo iaitu Switch kembali melonjak. Kehadiran beberapa game terbaru seperti Animal Crossing: New Horizons secara tidak...

Google rai Saloma menerusi ‘doodle khas’

KUALA LUMPUR: Sebagai penghormatan, Google memaparkan 'doodle khas' Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma pada enjin carian mereka, hari ini. Ia sempena tarikh penganugerahan Biduanita...