RUU URA: Ketua Pemuda MCA Pahang Dipanggil SKMM, “Apa yang Urgent Sangat? – Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memanggil Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun, untuk siasatan pada saat-saat akhir menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Menurut beliau, Wong Siew Mun menghubunginya sekitar jam 10.20 malam tadi untuk memaklumkan bahawa beliau menerima mesej WhatsApp daripada pegawai penyiasat SKMM pada jam 10.16 malam.

Mesej tersebut meminta Wong Siew Mun hadir ke pejabat SKMM di Cyberjaya pada 31 Ogos 2025 jam 11.30 pagi bagi tujuan rakaman percakapan berhubung komen beliau mengenai Rang Undang-Undang URA di platform TikTok.

Wee mendakwa Wong Siew Mun telah cuba memohon penangguhan tarikh, namun pegawai penyiasat berkenaan menyatakan arahan itu datang daripada pihak atasan dan perlu dijalankan segera.

Presiden MCA itu kemudian menimbulkan beberapa persoalan kepada SKMM:
1. Mengapa panggilan dibuat secara tergesa-gesa pada saat akhir?
2. Mengapa siasatan dijalankan pada Hari Merdeka yang juga jatuh sebelum cuti umum Isnin?
3. Apakah yang begitu mendesak sehingga SKMM perlu memanggil Wong Siew Mun pada waktu ini?

Beliau menggesa SKMM memberikan penjelasan segera mengenai tindakan berkenaan yang disifatkan tidak wajar dan menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat