Pilihan Terbaik untuk Projek NIISe: Keseimbangan Antara Kepakaran dan Integriti

- Advertisement -

Dalam era digital yang serba canggih ini, kerajaan Malaysia menghadapi cabaran besar dalam memastikan keselamatan negara dan integriti data warga negara. Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) merupakan inisiatif penting yang bertujuan untuk memperkukuhkan sistem pengurusan sempadan dan imigresen di bawah pelbagai agensi Kementerian Dalam Negeri.

Projek ini bukan sahaja melibatkan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), dan Big Data Analytic (BDA), tetapi juga memerlukan penyelesaian yang holistik dan bersepadu bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan keimigresenan yang tinggi.

Tiga syarikat besar telah disenarai pendek untuk mengendali projek ini iaitu Theta Edge Bhd (Theta Edge), HeiTech Padu Bhd (HeiTech),dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX). Pemilihan kontraktor yang tepat adalah kritikal, kerana ia melibatkan isu keselamatan nasional yang sensitif dan memerlukan penyelesaian yang tidak hanya efisien tetapi juga amanah.

Dalam dunia yang semakin terhubung ini, keselamatan siber dan integriti data menjadi keutamaan. Keselamatan negara tidak boleh dikompromi, dan oleh itu, pemilihan kontraktor yang tepat harus didasarkan pada lebih daripada sekadar kemampuan teknikal.

Seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pelancaran Bulan Keselamatan Negara 2024 baru-baru ini, Kerajaan meletakkan keutamaan terhadap keselamatan siber selari dengan pertumbuhan pesat sektor digital negara.

Perdana Menteri juga tegas dalam isu pertahanan keselamatan negara. Oleh yang demikian dari awal di semua peringkat termasuk perolehan perlu dibuat secara teratur.

Integriti dalam menjalankan tugas, rekod prestasi yang terbukti, dan keupayaan untuk beradaptasi dengan keperluan tempatan adalah elemen-elemen kritikal yang harus diambil kira.

Kegagalan projek ini akan mengakibatkan pembaziran masa, tenaga, dan kos. Kerajaan mungkin terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan masalah, sekali gus membelanjakan dana awam yang besar.

Theta Edge sedang melaksanakan dua projek utama untuk kerajaan. Ini menimbulkan persoalan mengenai kemampuan syarikat tersebut untuk mengendalikan satu lagi projek besar, terutama yang melibatkan keselamatan negara. Kepakaran dan fokus penuh adalah penting untuk memastikan kejayaan projek.

Dagang NeXchange Bhd (DNeX) menawarkan harga tertinggi, namun perlu membuktikan bahawa sistem yang digunakan oleh negara lain yang mereka cadangkan sesuai dengan keadaan tempatan.

Berdasarkan rekod, HeiTech merupakan pembekal yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan untuk sistem MyIMMS sekarang. Oleh yang demikian HeiTech merupakan satu satunya Syarikat yang mempunyai pengalaman secara langsung dalam mengendalikan sistem imigresen. Persolannya adakah mereka mampu meneruskan momentum dalam melaksanakan projek misi kritikal seumpama ini.

Penulis percaya keputusan dalam pemilihan kontraktor untuk projek NIISe melalui proses integriti berdasarkan pertimbangan yang matang dan mengambil kira pelbagai aspek dari agar tidak menganggu gugat keselamatan dan keamanan negara. . Pemilihan harus yang menjamin keselamatan dan kepentingan negara, bukan hanya dari sudut pandang teknikal tetapi juga dari segi integriti dan kepercayaan.

Dalam era Malaysia madani yang terbuka dan adil, memastikan pemilihan yang bijak dan telus dalam projek kritikal seperti ini adalah penting untuk masa depan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat