Keperluan mendesak adakan dialog konstruktif penyelesaian damai Palestin-Israel – Wisma Putra

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa siasatan segera dan menyeluruh terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan mereka yang bertanggungjawab harus dibawa ke muka pengadilan.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Rabu berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail Haniyeh yang juga bekas Perdana Menteri Palestin, serta salah seorang pengawal peribadinya pada 31 Julai 2024.

“Malaysia mengucapkan takziah dan menzahirkan simpati kepada ahli keluarga, serta barisan kepimpinan dan rakyat Palestin.

“Malaysia tanpa ragu-ragu mengutuk semua tindakan keganasan, termasuk pembunuhan yang disasarkan, dan menggesa semua negara yang cintakan keamanan untuk turut sama mengecam tindakan tersebut.

“Insiden ini menekankan keperluan mendesak untuk meredakan ketegangan dan memperkukuhkan keperluan semua pihak untuk terlibat dalam dialog konstruktif dan mencari penyelesaian damai,” tegas Kementerian Luar itu.

Sehubungan itu, Malaysia juga menggesa semua pihak untuk bersikap tenang sementara fakta-fakta mengenai pembunuhan ini sedang dikenal pasti.

“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Palestin, dan menegaskan komitmennya untuk menyokong perjuangan mereka bagi keadilan dan penentuan nasib sendiri.

“Malaysia mengiktiraf peranan dan sumbangan Ismail Haniyeh dalam usaha membebaskan Palestin dan rakyatnya dari penjajahan haram Israe,” katanya.

Dalam pada itu, dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Berhormat Tan Sri Johari Abdul, juga berada di Tehran sebagai wakil Malaysia ke majlis perasmian Presiden Republik Islam Iran.

“Semua ahli delegasi Malaysia berada dalam keadaan selamat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat