Disebalik Pandemik Covid-19, Aspek Pertahanan Jangan Dilupakan Kerajaan PN

- Advertisement -

BEBERAPA bulan kebelakangan ini, tumpuan kerajaan dan rakyat diberikan sepenuhnya kepada usaha untuk menyekat penyebaran wabak Covid-19 di negara kita, tidak terkecuali terlibat dalam usaha ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tahniah dan terima kasih untuk usaha tersebut.

Begitupun, sejak mengambil alih kerajaan, aspek pertahanan negara oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN), terutama dari segi perolehan baru hampir tidak kelihatan. Sudahlah kerajaan lama hampir tidak membuat apa-apa perolehan baru selama berkuasa – selain menghasilkan kertas putih yang belum masuk pun fasa perlaksanaan.

Negara-negara tetangga seperti Indonesia dan Singapura sebaliknya, sibuk menggiatkan perolehan aset baru masing-masing walaupun dalam masa yang sama mereka turut berhadapan krisis kesihatan yang sama seperti negara kita.

Indonesia baru-baru ini mengukuhkan keupayaan artileri mereka dengan menambah sejumlah 18 buah lagi senjata pelancar roket berganda jenis Avibras Astros dari Brazil – jenis sama yang digunakan regimen artileri negara kita, cuma dengan jumlah yang lebih sedikit.

Singapura lebih hebat lagi. Selain sejumlah jet pejuang F-35 yang masih dalam proses pembuatan, 16 buah helikopter pengangkut Chinook baru milik negara itu buatan Amerika Syarikat, sedang menjalankan ujian terakhir di pusat pengeluaran Boeing St Louis sebelum diserahkan kepada angkatan tentera negara berkenaan.

Baru-baru ini, syarikat pertahanan utama negara itu, ST Engineering dan Israel Aerospace Industries (IAI) bersama membangunkan sistem peluru berpandu pemusnah kapal, Blue Spear yang disandarkan dari sistem termaju Proteus Advance System hasil kerjasama kedua syarikat berkenaan.

Filipina, negara yang sering dianggap terkebelakang dari segi pemilikan aset senjata moden berbanding negara kita itu pun, sedang dalam usaha mendapatkan persetujuan kongres Amerika Syarikat untuk perolehan 12 buah helikopter penyerang baru, masing-masing 6 buah AH-64E Apache dan AH-1Z Viper sejak May lepas.

Perolehan aset pertahanan baru ini juga mampu membantu memulihkan ekonomi negara berikutan penglibatan syarikat tempatan dalam aspek pembuatan dan sebagainya seperti yang dibuktikan dalam beberapa perolehan lain sebelum ini – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat