Hubungan Malaysia-China terus mekar selepas 50 tahun, perbezaan bukan penghalang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani akan terus memupuk hubungan antara Malaysia dan China yang menyambut ulang tahun ke-50, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Mei 1974, Malaysia dan China telah membentuk semula landskap geopolitik Asia, dengan memulakan hubungan diplomatik antara kedua negara.

“Malaysia kekal menjadi sebuah negara bukan sosialis pertama di Asia Tenggara untuk merapatkan jurang ini.

“Walaupun terdapat sebab untuk mengelakkannya – jurang perbezaan ideologi Malaysia-China, perbezaan yang nampak tidak selari – pemimpin kita berani untuk berfikir di luar kebiasaan dan bertindak berani.

“Langkah ini telah berkembang menjadi satu perkongsian yang hebat dan bermanfaat,” katanya.

Justeru, Kerajaan Madani komited untuk memupuk hubungan penting ini demi kemakmuran rakyat dan seluruh rantau ini.

Anwar berkata beliau teruja untuk menerima lawatan rasmi Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia bagi meraikan peristiwa bersejarah ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat