‘‘Southern Metal Assault” Menggempur Muar Jun Ini

- Advertisement -

Bersandarkan minat dan semangat yang mendalam terhadap muzik menjadi inspirasi untuk mengorak langkah dengan lebih jauh, meskipun tanpa sebarang penajaan, jenama Southern Metal Assault (SMA) terus dicipta agar pemuzik dan pencinta muzik punya platform untuk beraksi dan berkongsi fantasi.

Bermula pada tahun 2009 lembaran sejarah Southern Metal Assault mula dicipta, Sil Khannaz menjadi pemusnah acara yang berlangsung di Rookies Entertainment Hall, Pasir Gudang Johor.  Lantaran sambutan yang cukup menggalakkan dan sokongan yang jitu daripada penggiat, pengkarya mahupun peminat maka THFM yang bertindak selaku organizer terus menganjurkan saban tahun.

Tahun 2015 menyaksikan kali terakhir gig Southern Metal Assault di anjurkan sebelum THFM selaku penganjur berehat panjang.  Namun rehat yang panjang bukan bermakna ianya ternoktah tetapi sebaliknya memberi ruang kepada organizer lain serta menumpukan beberapa tugas dan tanggungjawab yang terbengkalai sebelum ini.

Lembaran 2023 seakan memberi nyawa buat THFM apabila buat pertama kali bergandingan Doushce  Garage  Studio untuk meneruskan legasi Southern Metal Assault edisi ke-6 di Muar, Johor yang dilihat satu enigma baru buat SMA.

“Setelah beberapa tahun kami berehat panjang termasuklah rehat ketika Covid 19 melanda, maka kini tibalah saatnya kami bangun kembali setelah melihat kerancakkan scene muzik bawah tanah yang seolah-olah tiada bersempadan”, ujar Eddie Jamal selaku wakil THFM ketika ditemui baru-baru ini.

“Rancangan awalnya kami memilih untuk mengadakan di JB, namun setelah melihat daripada beberapa aspek  dan tawaran daripada Doushce Garage Studio yang kebetulan tinggal di Muar, jadi kami mengambil keputusan untuk mengadakan di Muar”, ujarnya.

“Memandangkan Muar ni berdekatan dengan Melaka selain akses mudah untuk peminat daripada Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan sebagainya.  Malah ada beberapa sahabat yang mencadangkan agar Muar menjadi pilihan untuk SMA kali ini”.

Sokongan daripada komuniti Muar Metal Maniacs juga antara faktor utama selain mengangkat slogan “Melancong Sambil Berhibur” yang mana khalayak  mengetahui Muar kaya dengan lubuk makanan.

“Berbeza daripada edisi terdahulu, SMA edisi ke 6 turut menampilkan band-band generasi masakini yang dilihat cukup relevan meskipun genrenya berbeza namun subgenrenya masih akar dan paksi yang sama”, tambah Eddie.

“Percaturan pelbagai genre ini sekaligus dapat memberi warna kepada peminat untuk hadir selain mempertemukan peminat lama dan baru di satu lokasi serta berkongsi minat yang sama iaitu muzik”, ujarnya lagi.

Southern Metal Assault  yang menampilkan Metalasia, SOG (Sekumpulan Orang Gila), Massacre Conspiracy, Langsuir, Samurai, Goreslut, Crazy Grizzly, Wynken Delirium, Nirrajim dan Predicate Not Defined akan berlangsung pada 4 Jun di Bakri Junction Ballroom, Muar, Johor.

“Alhamdulillah, hingga hari ini tiket pre sale yang berharga RM55 cukup laris malah saban hari ada sahaja pembeli.  Promosi ini akan berakhir pada hujung bulan ini sahaja”.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM65  yang dijual bermula Mac sehingga April (limit 200 tiket) dan RM75 selepas bulan April (pembelian melalui online dan lokasi).  Sebarang pertanyaan sila hubungi: 011-3566 4972.

https://msmusicscene.com/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat