Saudia membawa Anda Terbang Tinggi Festival Alula Skies

- Advertisement -

Merentasi udara untuk membawa dunia ke Arab Saudi, Saudi Arabian Airlines (SAUDIA)
beriltizam berusaha bersungguh-sungguh untuk menggalakkan lebih ramai orang dari seluruh dunia melawat negara itu. Sebagai pembawa bendera rasmi Arab Saudi, syarikat penerbangan itu telah memastikan sokongan padu mereka terhadap seni, kebudayaan, pengembaraan, dan alam semula jadi yang mencerminkan hasrat kerajaan.

Pada waktu bertepatan, SAUDIA teruja untuk berkongsi tentang penglibatan mereka dalam Festival AlUla Skies 2023 yang berlangsung pada 26 April hingga 13 May 2023 – satu perayaan landskap ikonik dan mewah yang ditawarkan oleh Arab Saudi.

Sebagai penyokong setia inisiatif kebangsaan dalam pelbagai bidang termasuk seni,
kebudayaan, sukan dan pendidikan, Kumpulan SAUDIA berbangga menjadi peneraju banyak perkongsian dan penajaan dalam pelbagai acara penting.

Pada kali ini, berikutan pemeteraian perjanjian penajaan selama 3 tahun dengan AlUla Skies sebagai Rakan Penyampai pada tahun lepas, SAUDIA teruja memperkenalkan Festival AlUla Skies edisi 2023, Kerjasama ini adalah usaha memanfaatkan rangkaian dan jangkauan syarikat penerbangan SAUDIA yang luas untuk menyambut pelawat tempatan, serantau dan antarabangsa ke AlUla yang memberikan mereka peluang meneroka bandar purba dan mendalami landskap menakjubkan melalui pelbagai aktiviti menarik.

Festival AlUla Skies yang baharu saja dirasmikan beberapa tahun kebelakangan ini, telah
membawa pengunjung ke puncak melalui kepelbagaian acara dan aktiviti. Pada siang harinya, pengunjung mungkin terpesona oleh pemandangan AlUla yang tersergam indah dari salah satu belon udara panas – acara yang paling ikonik dalam festival.

Turut berada di ruang udara ialah belon udara berjenama SAUDIA yang telah membuat kemunculan pertamanya secara eksklusif pada tahun ini sebagai tanda persetujuan kepada kerjasama syarikat penerbangan itu dengan AlUla, Meningkatkan lagi pengalaman di udara, festival ini memberi peluang kepada pengunjung menyertai salah satu lawatan helikopter untuk melihat pemandangan istimewa mercu tanda dan tapak warisan AlUla yang terkenal.dari udara.

Lebih mencabar, Giant Swing merupakan aktiviti memacu adrenalin di festival yang akan
membawa peserta di udara, berayun di antara dinding ngarai yang tinggi sepanjang lengkungan 70 meter, lebih 85 meter dari tanah. Selanjutnya festival ini menjadi hos kepada satu lagi pengalaman unik – Tangga AlUla, yang membawa pengembara mendaki tangga gantung sepanjang 45 meter dengan keseronokan menuruni 150 meter zipline ke dasar lembah.

Pemandangan yang sangat cantik tidak terhad hanya berada di ruang udara. Di darat, pengunjung disambut dengan pemandangan Layang-layang AlUla yang menarik, tempat ratusan layang-layang berwarna-warni menghiasi langit sebagai sebahagian festival.

Belon Panas Udara di Festival AlUla Skies

Acara malam yang dipenuhi bintang juga turut diadakan termasuk sesi merenung bintang, pengalaman sesi astrofotografi di luar pawagam, dan berpeluang menikmati lelangit malam melalui pemandangan tempat tinggi dari puncak Harrat Uwayrid yang berbatu lava hitam ke Dadan, Pekan Lama AlUla, Kubu AlUla dan AlUla Oasis

Paling penting, festival ini juga mengagumkan pengunjung dengan pertunjukkan terkenal dron waktu malam, menampilkan koleksi koreografi legenda dron yang mempesona orang ramai dengan barisan corak dan bentuk yang bercahaya.

Bagi Syarikat Penerbangan SAUDIA yang komited untuk menonjolkan keindahan Arab Saudi kepada pengunjung di seluruh dunia dan membawa mereka merasai pengalaman memukau, persembahan mereka di Festival AlUla Skies telah menjadi bukti keterujaan mereka melakukannya melalui keasyikan dalam landskap, budaya dan seni negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat