PAS Tak Ikhlas Dalam Perkahwinan, Tak Pernah Dipelawa – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulang kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Perpaduan tidak menawarkan sebarang kerjasama dengan PAS.

Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan PAS tidak ikhlas dalam perkahwinan kerana masih bersekongkol dengan parti lain.

Zahid berkata, Perdana Menteri sudah menjelaskan bahawa tiada sebarang tawaran atau rundingan berhubung perkara berkenaan.

“Bukan kita tidak mahu soal penyatuan, tetapi kita tidak mahu perkahwinan politik secara mutaah ini berulang dan parti itu menjadi pengantin di dalam perkahwinan mutaah ini dengan banyak parti lain.

“Semuanya bercerai selepas itu sebab mereka tidak ikhlas dan tidak jujur dalam perkahwinan dan perkongsian politik ini,” katanya pada Rabu.

Untuk rekod kahwin mutaah ialah kahwin kontrak dalam tempoh tertentu.

Semalam, Anwar menafikan dakwaan pemimpin PAS kononnya ada wakil daripada kerajaan yang menawarkan parti itu untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri berkata, beliau sama sekali tidak dimaklumkan berhubung perkara itu, malah ia tidak pernah dibincang pada peringkat pimpinan tertinggi kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat