Izzah Tak Tanding PRN Pulau Pinang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menegaskan beliau komited meneruskan tugasnya sebagai Ketua Bersama Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan Tan Sri Hassan Marican.

Pendirian Naib Presiden PKR itu sekali gus menyanggah laporan media kononnya beliau antara calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri yang dijangka diadakan Julai ini.

Anak sulung Perdana Menteri itu berkata lagi, laporan berita yang memetik sumber itu tidak benar kerana beliau tetap komited dengan tanggungjawabnya sebagai Ketua Bersama Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan.

“Tidak benar (dipilih calon PRN Pulau Pinang). Saya menggesa mana-mana media lebih bertanggungjawab dalam membuat laporan dan tidak mudah percaya kepada mana-mana dakwaan yang tidak berasas,” katanya dalam kenyataan di Twitternya pada Rabu.

Satu laporan berita mendakwa Naib Presiden PKR itu akan bertanding dalam PRN Pulau Pinang dan bakal dilantik ke jawatan penting sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.

Laporan itu memetik sumber menyatakan penyertaan Nurul Izzah dalam PRN boleh meningkatkan peluang partinya mengekalkan kerusi di DUN dan membantu mendapatkan undi daripada pengundi wanita.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu, Nurul Izzah gagal mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, apabila tewas kepada calon PN diwakili calon PAS, Fawwaz Mohamed dengan majoriti 5,272 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Nurul Izzah mengekalkan penguasaan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak 1998 apabila memenangi PRU14 dengan majoriti 15,668 undi.

Beliau mendapat 35,534 undi mengalahkan Mohd Zaidi (BN) yang memperoleh 19,866 undi dan Afnan Hamimi Taib Azamudden dari PAS (14,428 undi).

Kerusi itu sebelum ini disandang Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1982.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat