Kematian Rakan Sekutu Jho Low Diklasifikasikan SDR, Tiada Unsur Jenayah – Polis

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kematian rakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Kee Kok Thiam, 56, disahkan meninggal dunia disebabkan faktor kesihatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kematian Kok Thiam tiada unsur jenayah.

“Kes ini polis siasat sebagai SDR” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Firma Guaman Valen, Oh & Partners dalam kenyataan hari ini memaklumkan, anak guam mereka meninggal dunia pada Isnin lalu di sebuah hospital akibat strok.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Kok Thiam sudah dihantar pulang dari Macau kerana tinggal lebih masa.

Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 3 pagi pada 3 Mei lalu dan diarahkan pergi ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 10 pagi hari sama.

Semalam, Al Jazeera melaporkan bahawa Kok Thiam memberitahu SPRM, beliau bertemu Jho Low dan buruan kes 1MDB lain termasuk Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng dan Nik Faisal Ariff Kamil di Macau. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat