Anwar Komited Selesaikan Masalah Air Di Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Masalah bekalan air di Sabah akan cuba diselesaikan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan mengadakan mesyuarat tertinggi peringkat Persekutuan dan negeri esok bagi menyelesaikan masalah air bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Sabah.

“Saya mahu memenuhi tanggungjawab seperti Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) sebutkan, sementara kerajaan negeri di bawah pimpinannya kuat dan padu tapi, ada masalah-masalah yang patut diselesaikan. Ia tidak cukup dengan negeri tetapi memerlukan komitmen persekutuan dalam menangani isu-isu besar seperti masalah air dan jalan raya.

“Esok pagi, saya akan mengadakan mesyuarat tertinggi peringkat Persekutuan dan negeri untuk menyelesaikan masalah air bersama kerajaan negeri,” katanya di Sabah lapor Utusan pada Rabu.

Majlis penutupan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta barisan Kabinet negeri yang lain.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah meningkatkan peruntukan bagi memperbaiki jalan-jalan di Malaysia dan peruntukan tertinggi diberikan kepada Sabah.

Maka, beliau meletak kepercayaan dan menyerahkan kepada rakan-rakan di peringkat kerajaan negeri untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan tersebut.

Pada masa sama, beliau meminta tindakan segera diambil bagi menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo.

Anwar juga memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan serius dan bertekad menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi di Sabah dengan kadar segera.

Katanya, seperti disebutkan oleh Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), perkara itu diletakkan sebagai keutamaan sejak Kerajaan Perpaduan memerintah.

“Antara keutamaan kita adalah menyelesaikan masalah yang merundung negara selama berpuluh tahun. Malah, setiap kali saya ke Sabah, tidak habis-habis saya dengar masalah MA63, perjanjian ini dimeterai oleh bapa-bapa kemerdekaan kita maka, tanggungjawab kita adalah melaksanakan perjanjian itu dengan penuh kesetiaan dan keikhlasan.

“Dalam tempoh enam bulan, melalui kerjasama Hajiji dan pasukan negeri serta Persekutuan malah, saya minta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan (sekretariat) dan hampir keseluruhan permasalahan MA63 itu selesai dengan baik.

“Namun, masih ada isu-isu lain seperti pembangunan, pendidikan, kesihatan dan prasarana asas perlu dipertingkatkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat