Cheng Hoe Panik Safawi Dengan Sumareh Bertumbuk

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kelihatan panik dan cemas apabila tiba-tiba dikejutkan dengan isiden dua pemainnya, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh tiba-tiba bergaduh dan bertumbuk.

Kejadian tersebut belaku ketika pasukan Skuad Harimau Malaya sedang menikmati makan tengahari di hotel penginapan, di Manana, Bahrain.

Bagaimanapun, Cheng Hoe dikejutkan dengan nyanyian hari lahir oleh anak buahnya serta membawa kek sempena hari lahirnya yang ke-53 pada hari ini.

Insiden itu rupa-rupanya lakonan dari dua pemain itu semata-mata untuk memberi kejutan buat Cheng Hoe yang menyangka pergaduhan itu benar-benar berlaku.

“Saya amat terkejut (lakonan pergaduhan antara Sumareh dan Safawi)…terima kasih semua, saya ucapkan semuanya sihat dan harap kita mampu lakar sejarah,” katanya dalam video yang dikongsi pasukan.

Sementara itu, Sumareh memohon maaf sambil mengakui lakonan itu dilakukan untuk membuat kejutan kepada Cheng Hoe.

Ketika ini, skuad negara dalam persiapan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 3 Jun ini.

Malaysia akan menentang UAE pada aksi pertama sebelum bertemu Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat