Itali Ikut Jejak Sepanyol, Sekat Laluan Pesawat Tentera AS ke Timur Tengah

Rome, Italy — Selepas Sepanyol menolak permintaan Amerika Syarikat menggunakan ruang udara dan pangkalan ketenteraannya bagi operasi ke Timur Tengah, langkah serupa kini diambil oleh Italy.

Sumber yang rapat dengan isu ini memberitahu Reuters bahawa Rome tidak memberi kebenaran kepada pesawat tentera AS untuk mendarat di Pangkalan Sigonella di Sicily, satu daripada pangkalan utama NATO yang sering digunakan untuk misi logistik ke rantau tersebut.

Langkah Italy ini berlaku hanya beberapa minggu selepas kerajaan Sepanyol menutup ruang udara dan pangkalan mereka, termasuk Rota dan Morón, bagi pesawat AS yang terlibat dalam operasi berkaitan Iran. Keputusan Madrid sebelum ini dilihat sebagai langkah tegas menegaskan bahawa operasi ketenteraan harus selaras dengan undang-undang antarabangsa dan mandat rasmi.

Pangkalan Sigonella di Sicily sebelum ini memainkan peranan penting sebagai titik singgah bagi pesawat AS sebelum meneruskan misi di Timur Tengah, termasuk misi pengawasan, logistik, dan sokongan udara. Dengan keputusan Italy, laluan logistik ini kini menghadapi sekatan, menambah tekanan terhadap perancangan operasi tentera AS.

Tiada butiran lanjut mengenai bilangan pesawat atau tempoh larangan diberikan. Namun, pemerhati antarabangsa menyifatkan tindakan Sepanyol dan Italy sebagai tanda bahawa beberapa sekutu NATO sedang menguatkan kawalan terhadap operasi ketenteraan asing di wilayah mereka, di tengah-tengah ketegangan di Timur Tengah.

Setakat ini, pihak Pentagon dan kerajaan AS belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkembangan terbaru ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat