KUALA LUMPUR – Saluran media Buletin TV3 hari ini menyangkal menerbitkan atau mengeluarkan sebarang maklumat berkenaan harga minyak seperti yang tular di media sosial.
Dalam laporan portal Buletin TV3 memberitahu menerima makluman mengenai penularan maklumat berkaitan harga minyak palsu yang menggunakan logo dan identiti visual Buletin TV3.
“Buletin TV3 menegaskan bahawa pihak kami tidak pernah menerbitkan atau mengeluarkan sebarang maklumat berkenaan harga minyak seperti yang tular di media sosial.
“Buletin TV3 akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan dan siasatan lanjut terhadap penyebaran maklumat palsu berkenaan,” katanya.
Untuk makluman, Buletin TV3 pernah menghasilkan poster berhubung perkembangan berkenaan, namun ia disediakan berpandukan rujukan rasmi daripada Kementerian Kewangan (MoF).



