Tiga Jenama Tawar Baju Raya Rahmah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan tiga jenama menawarkan baju raya harga Rahmah kepada orang ramai.

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberitahu, Sabella, Mydin dan Jakel menawarkan koleksi baju raya dengan harga yang sangat rendah bagi memberi peluang rakyat kurang berkemampuan untuk meraikan Aidilfitri.

“Kalau dulu, kita perlu berbelanja besar hanya untuk membeli baju raya yang berkualiti buat keluarga tercinta. Namun, tahun ni, Sabella, Mydin dan Jakel menawarkan baju raya harga Rahmah.

“Sabella juga turut menawarkan pelbagai pakaian yang cantik-cantik seperti baju kurung (plained dan printed), blouse (printed), dan tudung (printed). Semua barangan dijual bermula RM8 sehelai.

“Mydin menawarkan baju raya ‘ready-to-wear’ bermula harga RM12.90 untuk dewasa mahupun kanak-kanak, lelaki dan perempuan,” umum Salahuddin di Facebooknya pada Jumaat.

Selain itu, katanya kalau ada yang berkemampuan bolehlah menjengah ke Jakel.

“Baju raya turut dijual bermula harga RM39 sahaja. Anda boleh dapatkan koleksi kurta, baju melayu, samping, dan sebagainya.

“Saya harap dengan adanya pelbagai pilihan untuk membeli baju Raya. Maka, sambutan Aidilfitri kali ini akan bertambah meriah dengan baju raya baru,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat