KWSP: Dengarlah Rintihan Rakyat – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakyat mahukan pemimpin yang boleh membela nasib mereka, bukan pemimpin yang berlakon saban masa.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata demikian mengulas kisah pemandu teksi Noorazlan Ismail, yang sanggup berjalan kaki sejauh 312 km dari Tol Skudai di Johor menuju ke Istana Negara, bagi memperjuangkan haknya untuk mengeluarkan simpanan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Kerana kata Noorazlan pengeluaran KWSP mungkin boleh selamatkan rumah tangga dan keluarganya ketika ini. Oleh itu, dia sanggup berjalan kaki sejauh 312 kilometer dari Tol Skudai menuju ke Istana Negara bagi membawa misi pengeluaran caruman KWSP supaya kepayahannya disedari pihak atasan kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Hamzah apabila baca kisah Noorazlan ini, beliau faham benar isi hatinya.

“Bapa kepada lima anak yang masih bersekolah ini benar-benar terdesak dan sedang dalam kesusahan. Bagi Noorazlan pengeluaran simpanan KWSP adalah kunci untuk dia keluar dari belenggu hutang dan seterusnya memulakan kehidupan baru bersama keluarga.

“Saya tahu ramai rakyat di luar sana yang terdesak dan amat-amat memerlukan pengeluaran simpanan KWSP. Mereka juga dalam kesusahan dan kepayahan sepertimana Noorazlan ini,” kata Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut itu dalam kenyataan pada Jumaat.

Setiausaha Agung Bersatu itu juga menyebut, sebab itu pengeluaran KWSP bersasar menjadi agenda perjuangan Perikatan Nasional (PN).

“Kami angkat denyut nadi dan suara hati rakyat yang mahukan pengeluaran simpanan KWSP ditunaikan kerajaan, tetapi sayangnya dibalas sinis PM Ke-10.

“Perjuangan rakyat jangan dipandang sebelah mata. Dengarlah rintihan rakyat yang berjalan kaki ratusan kilometer ini,” bidas Hamzah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat