Laporan OPR Naik Julai Ini, Fahmi Akan Jumpa Pengurusan Berita Harian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan Berita Harian, hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan menyifatkan laporan Berita Harian Online kononnya Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka sekali lagi menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Julai ini sebagai fitnah terhadap kerajaan.

“Hantaran BH Online ini jadi fitnah terhadap Bank Negara dan Kerajaan.

“Saya akan jumpa pengurusan BH hari ini, insyaAllah,” tulisnya ringkas di Facebook pada Jumaat.

Semalam, akhbar itu melaporkan BNM dijangka sekali lagi menaikkan OPR sebanyak 25 mata peratusan seawal Julai ini.

Jangkaan itu dilaporkan bersandarkan jangkaan penganalisis.

Tambahnya perkara itu bersandarkan kepada unjuran perkembangan ekonomi dipacu permintaan domestik yang kukuh berikutan pemulihan pekerjaan dan paras pendapatan lebih baik.

Malah ia juga akan mengambil kira kadar inflasi yang dijangka kekal tinggi walaupun mula menyederhana tahun ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat