KTMB Tawar 1,864 Tiket Tren Ekspres Ke Pantai Timur

- Advertisement -

PETALING JAYA – Sebanyak 1,864 tiket ditawarkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke Pantai Timur sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

KTMB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menyediakan empat perjalanan tren ekspres yang beroperasi dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya.

“Perkhimatan tren khas itu diadakan sebagai salah satu pengangkutan alternatif sempena Aidilfitri kali ini untuk orang ramai pulang ke Pantai Timur selain menggunakan
jalan darat yang sering kali sesak dengan kadar trafik yang tinggi,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, inisiatif tersebut juga khusus buat warga Pantai Timur yang ingin pulang ke kampung dengan selesa, selamat dan tambang yang berpatutan.

“Tren Khas Lambaian Aidilfitri ini akan berhenti di 16 buah stesen antaranya Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Gemas, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Wakaf Bharu dan Tumpat.

“Selain itu, tren khas tersebut juga dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk premier, koc tempat duduk superior, koc buffet, dan koc chillax,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, harga tiket bermula daripada RM55 sehingga RM83 bagi perjalanan sehala dan akan mula dijual pada pukul 10 pagi esok.

Para pengguna juga disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB.

Perjalanan pertama tren tersebut akan bermula pada 19 April iaitu dari KL Sentral –Tumpat yang bertolak 11 malam dan dijadual tiba pukul 3.53 petang serta pada 24 April bagi laluan Tumpat –KL Sentral yang bertolak 10.50 malam dan tiba 3.10 petang.

Bagi perjalanan kedua pula tren akan berlepas pada 20 April dari KL Sentral –Tumpat pada pukul 11 malam dan tiba 3.53 petang serta pada 25 April dari Tumpat –KL Sentral pada pukul 10.50 malam dan tiba 3.10 petang. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat