Agong, Permaisuri Berkenan Lawat Bazar Ramadan Di Labuan Walk

- Advertisement -

LABUAN – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan meluangkan masa melawat Bazar Ramadan di Labuan Walk di pusat bandar di sini hari ini.

Ketibaan Seri Paduka berdua disambut oleh ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail dan ketua-ketua jabatan kerajaan pada pukul 3.55 petang.

Kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong itu jelas menceriakan rata-rata pengunjung dan peniaga di bazar berkenaan.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berada di Labuan dalam lawatan tiga hari sehingga 2 April, dan dijadual berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Jamek An Nur di sini nanti.

Seorang pengunjung bazar Junaidi Abdullah, 49, yang jelas teruja dengan kehadiran pasangan diraja itu berkata, ia merupakan detik manis yang tidak dapat dilupakan, menyaksikan kehadiran Seri Paduka berdua melawat bazar itu dan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung.

Mariam Osman, 45, dari Kuala Penyu berkata beliau mengunjungi bazar itu untuk berjumpa dengan rakannya hari ini apabila diberitahu bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan untuk singgah sebentar di bazar berkenaan.

“Saya sampai di sini pukul 3 petang, orang sudah ramai, pastinya ramai yang ingin melihat Seri Paduka berdua secara lebih dekat. Saya lihat ramai yang mengambil kesempatan untuk berswafoto dengan pasangan diraja itu.

“Orang terlalu ramai menunggu peluang untuk berswafoto, dan Seri Paduka berdua tidak keberatan, malah melayan dengan mesra,” katanya.

Beliau berkata peluang berjumpa dengan pasangan diraja itu berdua secara dekat memang jarang sekali diperoleh.

Kira-kira 2,000 orang mengunjungi bazar berkenaan untuk melihat kelibat tetamu istimewa hari ini secara lebih dekat.

Ia menempatkan 209 lot bazar yang menawarkan pelbagai kuih-muih, lauk-pauk serta minuman untuk berbuka puasa. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat