17,579 Kakitangan Awam Selangor Termasuk Guru KAFA Terima Bantuan Rahmah Sebulan Gaji

- Advertisement -

SHAH ALAM – Seramai 17,579 kakitangan awam Selangor akan menerima sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 menerusi Bantuan Rahmah Ramadhan Kita Selangor sempena Aidilfitri selewat-lewatnya 21 April depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah itu termasuk pengurusan tertinggi, kakitangan, Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), kakitangan persekutuan yang berkhidmat di Jabatan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

“Sebagai tanda penghargaan kepada kerjasama dan ketekunan anda semua, sebanyak sebulan gaji dengan minima RM1,000 menerusi bayaran Bantuan Rahmah Ramadhan Kita Selangor sempena Aidilfitri

“Ini melibatkan 17,579 kakitangan awam Selangor kesemuanya,” katanya ketika berucap pada Program Iftar Rapat Rahmah Ramadan Menteri Besar Selangor bersama penjawat awam di Bangunan SUK Selangor, di sini, hari ini.

Menurut Amirudin, kategori kedua pula akan menerima sebulan elaun menerusi bantuan sama.

Ini meliputi pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Setiausaha MPKK, Pegawai Perhubungan Perkampungan Kampung Baru/Bagan/Tersusun, Ketua Komuniti India, Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor (PEBS).

Tambah Amirudin, kategori ketiga pula adalah wang saguhati berjumlah RM500 kepada nazir, imam rawatib, siak, bilal dan guru Sekolah Rakyat.

“Kategori keempat adalah kategori baru iaitu penjawat awam Persekutuan yang bekerja di luar pentadbiran SUK yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Kumpulan ini akan mendapat wang saguhati RM200,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bayaran bantuan dijangka diterima kepada mereka semua berkelayakan selewatnya-lewatnya 21 April ini.

“Saya berharap Bantuan Khas Rahmah Ramadhan Kita Selangor ini dapat mengukuhkan Iltizam kita untuk terus berkhidmat demi rakyat.

“Seterusnya, menjadikan Selangor sebagai negeri contoh bukan sahaja di Malaysia tetapi di rantau ini,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat